K@RUT:


...............................................PostingTerbaru ...................................................





Kolej Kediaman UTeM

Kiriman ini merupakan nukilan seorang MPP UTeM yang baru mengenai isu kolej kediaman pelajar UTeM yang masih tidak siap-siap lagi. Walaupun mungkin batch BMCD 06-10 tidak sempat nak merasa kolej kediaman ini, tapi ini mungkin berita yang baik bagi junior BMCD.

Biar saya mulakan bicara kali ini dengan ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya kerana akhirnya isu tentang kolej Kediaman di UteM hampir menemui titik penyelesaiannya.

Pagi tadi jam 8.30 kami barisan MPP diketuai saudara Ibrahim dan semua ahli MT kecuali saudari hasanah yang mempunyai kekangan bersama saudara Loga dan Hong Fai menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan (BLMT) antara universiti kita dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn. Bhd.

Majlis berkenaan berlangsung di Putrajaya dan juga dihadiri oleh YB Dato` Seri Mohamed Khalid bin Nordin. Universiti kita diwakili oleh N.C sendiri.

Dalam ucapan semasa majlis berkenaan, N.C memberitahu bahawa pembinaan asrama akan mengambil masa 24 bulan jika tanpa sebarang kekangan lain, InsyaAllah. Kita mengharapkan agar projek pembinaan asrama kita akan berjalan dengan lancar sepanjang 24 bulan pembinaannya.Marilah kita sama-sama berdoa agar pembinaan asrama akan siap dengan sempurna dalam waktu yang dijangkakan.

Berikut adalah sedikit spesifikasi yang dapat kami ketahui dalam majlis berkenaan :-

1. Hostel Pelajar Jenis A (360 pelajar/blok) - 8 Blok
2. Hostel Pelajar Jenis B (180 pelajar/blok) - 1 Blok
3. Arked pelajar - 2 Blok
4. Banglo Pengetua - 2 Unit
5. Rumah Semi-D - 4 Unit

-fizree ashraf-
Timbalan Yang DiPertua MPP UTeM 09/10

sumber: http://imnotstoryteller.blogspot.com/2010/03/kolej-kediaman-yang-dinanti-nanti.html

0 bebelan

BMCD's Author Form Application

Name:
Email Address (preferred gmail):
Your Blog URL:

create form
Blog Widget by LinkWithin

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds