
DOWNLOAD HERE: (Borang Soal Selidik Pelajar Tahun Akhir BMCD)
being BMCD is seeing thing as everybody else but thinking of something different..
Biar saya mulakan bicara kali ini dengan ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya kerana akhirnya isu tentang kolej Kediaman di UteM hampir menemui titik penyelesaiannya.
Pagi tadi jam 8.30 kami barisan MPP diketuai saudara Ibrahim dan semua ahli MT kecuali saudari hasanah yang mempunyai kekangan bersama saudara Loga dan Hong Fai menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan (BLMT) antara universiti kita dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn. Bhd.
Majlis berkenaan berlangsung di Putrajaya dan juga dihadiri oleh YB Dato` Seri Mohamed Khalid bin Nordin. Universiti kita diwakili oleh N.C sendiri.
Dalam ucapan semasa majlis berkenaan, N.C memberitahu bahawa pembinaan asrama akan mengambil masa 24 bulan jika tanpa sebarang kekangan lain, InsyaAllah. Kita mengharapkan agar projek pembinaan asrama kita akan berjalan dengan lancar sepanjang 24 bulan pembinaannya.Marilah kita sama-sama berdoa agar pembinaan asrama akan siap dengan sempurna dalam waktu yang dijangkakan.
Berikut adalah sedikit spesifikasi yang dapat kami ketahui dalam majlis berkenaan :-
1. Hostel Pelajar Jenis A (360 pelajar/blok) - 8 Blok
2. Hostel Pelajar Jenis B (180 pelajar/blok) - 1 Blok
3. Arked pelajar - 2 Blok
4. Banglo Pengetua - 2 Unit
5. Rumah Semi-D - 4 Unit
-fizree ashraf-
Timbalan Yang DiPertua MPP UTeM 09/10
sumber: http://imnotstoryteller.blogspot.com/2010/03/kolej-kediaman-yang-dinanti-nanti.html
1. Bina satu borang soal selidik. Berkenaan Kajian Peranan ko-kurikulum dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa mempunyai sikap 1 Malaysia. (Khai)
2. Huraikan Masalah Perkauman di Malaysia selepas DEB 1970 hingga tahun 1980. (Ijat)
3. Huraikan Masalah Perkauman di Malaysia selepas 1980 hingga tahun 1990. (Oden)
4. Huraikan Masalah Perkauman di Malaysia selepas 1990 hingga tahun 2010. (Jama)
5. Bina satu borang soal selidik berkenaan kajian cabaran menangani polarisasi dalam kalangan mahasiswa university. (Pakcik)
6. Bincangkan isu yang timbul berkenaan dengan Sekolah Satu Aliran (Ajimtajdid)
7. Berikan komen yang bernas berkenaan dengan DEB yang lebih memihak kepada orang Melayu tetapi sebaliknya kepada orang bukan Melayu. (Afzan)
8. Berikan komen tentang kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan isu keagamaan yang hangat diperkatakan kini. (Ensem)
9. Berikan komen berkenaan DEB yang dipolitikkan untuk kepentingan golongan tertentu (Dila)
10. Berikan komen tentang aspek2 penting dalam Gagasan 1 Malaysia. Terhadap mahasiswa (Khaleeq)
*Pn Fazilah pesan, setiap kumpulan kena jumpa dia bincang pasal tajuk ini.